Hidangan Menarik Di Thailand Yang Boleh Anda Cuba

Kredit: Teach Travel Thailand

Ketika merancang sebuah percutian yang menarik, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil peduli. Antaranya adalah dokumen perjalanan, keperluan yang perlu disediakan dan tujuan anda ke sana. Rakyat Malaysia tidak perlukan visa untuk masuk Thailand tetapi perlu jika ke Australia, boleh dapatkan Australian Visa Application Online. Sama ada anda pergi untuk melihat bandar dan senibina, atau bersantai dan menikmati pemandangan alam semula jadi. Walau apa pun tujuan anda, makan adalah perkara yang tidak dapat dielakkan.

Bangkok, ibu kota Thailand adalah sebuah bandar metropolitan yang sangat sibuk. Ia adalah tempat yang bagus untuk diterokai, dan pasti ada sesuatu untuk anda tidak kira apa tujuan dan keutamaan anda sekali pun. Perkara yang sama boleh dikatakan untuk makanan. Anda boleh menemui pelbagai jenis makanan Thailand tradisional ataupun moden di restoran mewah bertaraf 5 bintang dan juga pada street vendor yang menjual street food. Kesemuanya menyediakan makanan yang sedap dengan cara mereka tersendiri.

Memang benar untuk mencari makanan Halal di Thailand adalah sukar bagi pelancong Muslim. Tetapi kini mudah untuk anda cari makanan Halal kerana kebayakan restoran Halal mempunyai logo Halal di kedai mereka. Banyak restoran-restoran dan gerai-gerai tepi jalan yang dijalankan oleh peniaga Islam tetapi tidak mempunyai logo Halal, tiada masalah untuk bertanya status Halal makanan yang mereka jual tapi perlu ingat tak semua boleh bertutur Bahasa Inggeris, jadi lebih mudah untuk anda mengetahui sedikit-sebanyak frasa-frasa yang berkaitan dalam Bahasa Thai.

Makanan Yang Perlu Anda Cuba Semasa Percutian ke Thailand

Dimana sahaja anda pergi sambil berjalan-jalan di sekitar bandar, pasti akan terliur dengan bau sedap makanan Thailand sama ada aroma masam manis kuah santan dengan jus limau, kepedasan aroma kari dengan santan, ataupun aroma dari asap makanan yang dibakar atau panggang, atau hanya sekadar aroma dari menumis.

Thai Milk Tea

Thai Ice Milk Tea. Kredit: thairath

Hilangkan dahaga anda dari panas bandar di Thailand dengan Thai Milk Tea yang kaw! Original dari Thailand. Minuman lokal yang sedap ini diperbuat daripada the Ceylon yang dicampur dengan susu pekat dan gula. Selalunya ia dilengkapi dengan susu sejat, santan atau susu segar untuk menambah rasa istimewa minuman ini. Bergantung kepada peniaga yang menjualnya, mereka mungkin akan menambah rempah-ratus seperti bunga lawang atau serbuk asam jawa.

Som Tam

Som Tam. Kredit: FriedChillies

Hidangan manis dan pedas ini dibuat dengan menggunakan betik muda mentah. Hidangan ini sepenuhnya dibuat dengan menggunakan sayuran jadi sesuai untuk vegan juga. Ada juga peniaga yang  mencampurkan sejenis daging atau seafood dalam hidangan ini. Antara topping terbaik hidangan ini adalah soft shell crab dan salted egg. Yang menariknya, setelah bahan-bahan siap dipotong dan disediakan, kesemuanya akan dicampurkan ke dalam lesung kayu untuk digaul bersama (ada bahan yang ditumbuk dan yang lain digaul). Rasa masam dan manis datang daripada betik muda yang dicampur bahan-bahan lain, dan cili memberikan rasa kick kepada hidangan itu. Cili yang berlebihan boleh menyebabkan hidangan terasa lebih pedas.

Tom Yum

Tom Yum Goong Udang. Kredit: Thai Food Recipes

Tidak kira dari mana anda datang, Tom Yum Thailand adalah makanan yang wajib makan jika ke Thailand. Sup Thailand “All-Time Favourite” ini mempunyai rasa yang pedas dan masam yang diperbuat daripada stok, daun limau purut, serai, jus limau, lengkuas, sos ikan, cili hidup dan cili kisar untuk mendapatkan warna yang cantik. Isniya pula boleh dipilih daripada seafood, ikan, udang, sotonng, atau ayam.

Pulut Manga

Pulut Manga. Kredit: Serious Eats

Satu lagi hidangan klasik wajib makan di Thailand. Ianya dimakan sebagai dessert di Thailand dan mudah dijumpai di kedai-kedai makan. Kebanyakan orang pasti akan berfikir gabungan pulut dan buah adalah pelik, tetapi sebenarnya rasanya sangat sedap. Rasa lemak dan sedap hidangan ini adalah daripada gabungan pulut, manga dan kuah santan istimewa. Gabungan ketiga-tiga bahan ini yang membuatkan hidangan ini istimewa dan sedap dengan caranya tersendiri. Kualiti manga memberi kesan yang besar kerana buah manga yang membuatkan hidangan itu rasa manis.

Tom Kha Gai

Tom Kha Gai. Kredit: Revived Chicken

Tom Khai Gai adalah salah satu sup terkenal di Thailand selain Tom Yum. Bahan-bahannya termasuk serai, lengkuas, jus limau, daun limau purut, cili dan santan. Sama seperti sup-sup lain, ia dilengkapi dengan ayam atau seafood, cendawan dan tomato, dan sebagainya.

Green Curry Chicken

Thai Green Curry Chicken. Kredit: Spark Recipes

Rasanya agak pedas tetapi campuran santan yang sebati dalam kuahnya membuatkan rasanya sedap dan berlemak, dan mempunyai rate kepedasan yang boleh diterima. Aromanya unik dengan campuran basil manis. Hidangan ini adalah biasa di Thailand dan boleh dijumpai di mana-mana restoran di Thailand.

Cashew Chicken

Thai Cashew Nut. Kredit: Spark Recipe

Kacang gajus yang dipanggang, ditumis bersama kicap manis, madu, bawang putih dan cili. Secara visualnya ia sangat menarik dengan campuran ketulan ayam, kacang gajus, daun bawang dan cili merah. Ianya adalah satu hidangan genius di Thailand yang menggabungkan kerangupan kacang dengan kelembutan ketulan-ketulan ayam.

Khao Lam

Pulut dalam buluh. Kredit: MThai

Khao Lam atau pulut dalam buluh ini boleh dijumpai di mana-mana di Thailand. Ianya seakan ketupat palas di Malaysia yang terdiri daripada pulut, kacang merah, santan dan syrup santan. Ianya sangat unik kerana disediakan di dalam buluh dan dipanggang atas bara, sama seperti lemang. Peniaga akan membelah buluh untuk anda dan disediakan bersama sudu yang diperbuat daripada buluh untuk makan.