Alasan Sebalik Perjalanan

Pada satu ketika dalam kehidupan, kebanyakan orang akan mempunyai keinginan untuk berjalan. Ia mungkin percutian lima hari ke bandar-bandar menarik di luar negara, atau ia boleh menjadi perjalanan jangka masa lebih lama ke kawasan pedalaman atau alam semula jadi yang asing. Setiap orang mempunyai alasan tersendiri yang membuatkan mereka hendak keluar dari tempat mereka sendiri. Ia mungkin akibat peristiwa yang mengubah hidup sendiri atau mengalami perubahan perasaan secara tiba-tiba.

Fly away. Kredit: Islamic Tourism Centre

Ada di kalangan anda yang mempunyai ahli keluarga yang berpindah ke tempat asing, mungkin negara bersebelahan atau ke seberang dunia. Walau di mana mereka berada, anda pasti ingin melawat mereka. Bukan sahaja dapat melawat keluarga, tetapi dapat melihat cara hidup mereka di tempat asing dengan budaya baru yang mereka terapkan. Budaya baru ini juga boleh menggalakkan anda untuk meneroka dunia.

Memori. Kredit: MochiThings

Perjalanan ke seluruh dunia boleh digambarkan sebagai masa terbaik dalam hidup anda. Kenangan yang cukup untuk buat anda ingat selamanya. Cara lebih baik untuk menikmati kenangan ini adalah dengan membuat kenangan ini bersama kawan-kawan. Anda akan berkongsi pengalaman dan kenangan yang sama dengan kawan-kawan dan akan bercakap mengenainya sampai bila-bila dengan mereka.

Tidak kira di mana anda tinggal, pasti ada satu ketika anda akan mengeluh tentang iklim yang anda alami. Terlalu panas, atau terlalu sejuk. Ramai orang yang ke luar ke negara lain untuk mengelakkan iklim yang mereka alami, atau mahu merasakan iklim di negara asing. Sebagai contoh di Malaysia tiada salji, jadi ramai yang melancong ke negara 4 musim untuk merasa hidup di tempat ada salji.

Extreme. Kredit: Driftwood Journals

Jika anda sukakan sesuatu yang mencabar, anda mungkin mahu melarikan diri dari kehidupan yang membosankan dengan cara melancong. Dengan melancong anda akan dapat perjalanan dan pengambaraan yang lebih mencabar dan asing dari kebiasaannya. Setiap yang berlaku semasa melancong adalah tidak pasti dan tidak diketahui dan sangat mencabar kerana berada di tempat asing. Bagaimana mereka hidup? Apa yang mereka makan? Apakah hobi dan nilai mereka? Dan cara yang lebih baik untuk mendapatkan maklumat ini adalah dengan meneroka dunia.

Selain alasan-alasan yang diberikan, ramai yang melancong untuk kebaikan diri mereka sendiri.

Running away. Kredit: Drifter Collective

Bercuti adalah cara yang terbaik untuk mengurangkan stress dan memulakan semula perjalanan hidup dengan minda yang segar. Sedangkan tinggal di rumah dan berehat adalah penggunaan masa yang sesuai untuk masa cuti, sebuah percutian boleh mengasingkan anda dari kehidupan harian dan benar-benar ‘melarikan diri’. Bercuti membolehkan anda mengetepikan tanggungjawab harian anda dan menumpukan sepenuh perhatian kepada diri anda untuk seketika. Apabila anda pulang ke rumah, anda akan berasa segar dan mempunyai motivasi lebih tinggi berbanding sebelum anda bercuti.

To-do List. Kredit: Aspiring Gentleman

Mempunyai senarai wajib buat untuk percutian dan memangkah perkara-perkara yang telah dibuat dari senarai itu membuatkan anda sangat bermotivasi dan positif. Senarai tersebut boleh juga termasuk perkara-perkara seperti melawat lokasi-lokasi tertentu, makan makanan tertentu, atau mencapai sesuatu seperti memanjat gunung. Mencapai matlamat tersebut juga meningkatkan keyakinan dan memberikan perasaan gembira yang anda telah menyempurnakan sesuatu.

Kadangkala percutian itu tidak mengikut pelan yang telah dibuat. Mungkin penerbangan anda dilewatkan atau hujan pada hari anda sepatutnya melakukan aktiviti epik di luar. Jangan risau, anda boleh berjalan-jalan di sekitar sementara menunggu penerbangan anda, dan mungkin pada hari hujan itu anda akan menemui sebuah kedai buku yang tersembunyi untuk diterokai atau kafe yang menarik untuk dialami. Percutian membantu anda menjadi lebih fleksibel dan berfikiran terbuka, menjadikan anda lebih peka dalam kehidupan seharian anda.

Waiting in line. Kredit: Time

Percutian anda boleh melibatkan banyak mengunggu. Anda akan mengunggu dalam line untuk penerbangan atau di tempat tarikan. Belajar bagaimana untuk menghadapi penantian, bagaimana untuk berbual dengan orang-orang yang menunggu bersama anda dan bagaimana untuk terus bertenang dalam situasi yang tidak dapat dinafikan akan memaksa anda untuk terus bersabar.